Terbang tinggi ke kayangan
Terbang tinggi ke kayangan , aku pon tak tau kenapa aku suka sangat ayat tu, mungkin impian dan cita-cita aku tinggi sangat kot. Dulu masa sekola rendah every year ubah cita-cita, kejap nak jadi peguam, kejap nak jadi dokter, tak pernah ada pendirian yang teguh. Even sekarang aku pon tak tau nak jadi apa, selalu berangan nak kawin dengan orang kaya je kot. Haha . Dari aku tadika, masuk sekola rendah dan sehinggalah tamat sekolah menegah tak pernah sekali pon aku rasa jadi pelajar cemerlang, acane nak rasa gitu kalau belajar pon malaskan. Aku sekolah rendah kampung ja , sekola rendah pengkalan balak, orang cakap belajar kampung and bandar lain tapi entah la aku ak pernah rasa belajar kat bandar. Upsr aku biasa je then aku masuk form 1 kat sekolah menengah dato haji talib karim aku masuk kelas aliran agama ambik arab. Tak lama pon aku ambik arab setakat abis form 1 ja, rasa macam tak boleh bawak. Form 2 aku tuka kelas aliran biasa je. Aku rasa aku boleh je terima result pmr aku yang tak seberapa tu tapi balik rumah kene marah dengan ibu, seminggu jugak la dia tak tegor aku. Haha. Form 4 aku pindah sekolah menengah kebangsaan sultan aluddin, aku pilih nak masuk kelas akaun ja. Masa tu rasa nak berubah, nak dapat keputusan spm yang elok sikit la dari upsr and pmr aku tuh. Tapi aku tak rasa pon effort aku tu cukup untuk dapat keputusan yang lebih baik. Tipu la kalau aku tak heart broken tengok result aku. Seminggu aku dok temenung, rasa macam mental breakdown sangat. Aku dapat tawaran sambung belajar kat matrik kedah and uitm lendu yang betol-betol depan taman aku ni ha. So, bila aku decide nak pegi matrik, ibu nak pindahkan aku dekat matrik londang, waktu tu aku doa betol tak dapat tukar, mana taknya boleh dikatakan 10 tahun jugak la family aku dok kuates dalam matrik londang tu. Aku dah habiskan masa kekanak aku dalam tu and mesti la aku nak rasa pengalaman baru duduk tempat orangkan. Pastu aku dapat tukar matrik tapi bukan londang yang aku dapat, aku dapat matrik pilah. Haha. Aku rasa acam tak de beza je. Semuanya sama kot. Baik dewan kuliah, baik blok. Rasa masuk matrik just nak puaskan hati orang lain je. Nak cepat habis. Tapi hakikatnya bila dah habis matrik aku rasa macam menyesal tak betol-betol enjoy duduk matrik. For degree aku target nak sambung human resource kat upm ja. Bukan tak nak sambung akaun tapi aku tak rasa akaun tu jiwa aku. Aku selalu cakap kat ayong, bukan tak nak ukm tapi aku nak rasa duduk tempat lawa sikit sebab matrik dulu buruk. Haha . Kalau dapat ums pon best dapat fly jauh -jauh. Tapi orang cakap bende yang tak nak tu la yang kita dapatkan. Haha. Mungkin ukm kot kayangan yang aku cari selama ni. Terima kasih ukm sebab sudi terima aku . Haha , sekian.
No comments:
Post a Comment