Tuesday, 22 December 2015

Kesayangan II

Assalammualaikum, cinta hati.
Harini wawa nak cerita about kesayangan wawa yang kedua, hehe.


Ni lha kesayangan II wawa, uhuk.

Firstly wa, nak ucapkan terima kasih bebanyak kat sir sebab jadikan aku, pipah, ifahh and raushamim satu group. Tah tau lha nak cakap bersyukur tu macam mana. Selama kitaorang kerje bersama tak de masalah timbul pon, tak de rasa nak tumbuk sesapa pon, uhukk. Hahaha. 

Siapa je sangka yang kitaorang sekepalakan kan. Haha. Sir pon nyesal tuh jadikan kitaorang satu group. Hehee. For this one month kitaorang dok busy nak rakam vid, kalau bole mesti nak semua sesama. Sekali je rakam vid kat luar without mim sebab mim balik. Ha tengok, semua ni manja nau , asik nak sesama je.

 Dari first day kita kelua sama memang tak sah kalau tak kelua makan sama. Lelama semua gemok dempol macam aku.


Korang terima kasih sebab terima aku seadanya dalam group ni. Terima kasih sebab kasi aku peluang untuk utarakan, selatankan, timur baratkan idea aku. Terima kasih sebab selalu layan perangai tak betol aku even kekadang aku macam mak tiri, tak bukan kekadang tapi selalu. 


 Aku minta maaf if ada yang kurang dalam group ni. Aku minta maaf if kekadang gila aku datang sampai korang sendiri tak tahan, haha, aku tau selalu. 
Ifahh yang orang pk pendiam ja tapi bila masuk group ni dah jadi macam aku and pipa dah. Ifahh ambik yang baik ja pasal kitaorng oke, yg buruk jangan ambik. Bhaha. 
Pipahh thanks sebab selalu buat kitaorang semua ceria nak mati. Bila aku tak de mood kau heboh la dok buat lawak sampai aku senyum.
Raushamim aku tau aku macam mak tiri sikit kat kau, sorry la if selalu dok buli kau. Bukan selalu kitaorang dok gurau kasar dengan kau. Bhahaah. 



Korang thanks for everything. Harap dapat berkerjasama lagi. Setakat ni korang teammatesss berbaik kat ukm ni. Muah sikitt,
" Group Hug" "Group Kiss"
Sumpah babe sumpah aku sayang korang . 

Friday, 11 December 2015

Epilog

"Morning sayang" satu kucupan singgah di dahiku. " Bangun sayang, abang dah siapkan sarapan dah" "Eh, asal abang buat sarapan, asal tak kejut sayang je"Kataku. " Dah selalu sangat sayang sediakan sarapan untuk abang, kali ni giliran abang pulak yang sediakan" dia senyum lalu berlalu dari bilik.
Aku melihat jam, "Ya allah, dah pukul 10, patut lha dia buat sarapan sendiri"bisikku. Penat sangat. Semalam balik pukul 10 malam, terlalu banyak kerja nak disiapkan. Antara sedar atau tidak sudah masuk tahun ke 3 aku kerja sebagai pengurus sumber manusia di Syarikat Aman. Ahh, aku rindu nak belajar balik. Bila ingat balik semua kenangan waktu belajar dulu buat aku tersenyum sendiri. Macam mana aku rasa seperti dipaksa untuk masuk matrikulasi dulu, aku cuba, ya aku cuba harungi bende yang aku tak suka. Akhirnya aku berjaya habiskan cuma nak puaskan hati orang. Herm, tidak itu aku yang nak. 
Zaman degree yang banyak turun naik, susah senang, stress, rasa tak bole nak teruskan. Tapi sekarang aku berjaya jadi orang. Terima kasih ibu, abah sebab tak pernah putus bagi semangat. 
" Sayang asal senyum sesorang tu, mai cepat sarapan" 
Aku angkat muka lalu tenung muka dia, suamiku. Aku kenal dia 6 tahun yang lepas waktu sama-sama sambung degree di u... Siapa sangka dalam diam kami suka sama suka. Haha. Semua tu kenangan, kenangan yang akan kami bawa sampai bila bila. Terima kasih, abang sebab sudi terima sayang. . .

Kesayangan


Assalammualaikum, kesayangan.
Harini aku nak cita about kesayangan aku, yea kesayangan.
Sedar tak sedar dah nak masuk 5 tahun kita kenalkan. Terlalu banyak kenangan kalau nak cerita kat sini. Korang semua gila sumpah gila tak pernah sikit pon normal. 
Mungkin kelas kita selalu jadi perhatian ramai sebab korang yang laki ni tak semengah sikit kekdg tak bukan kekdg tapi selalu, haha. Tapi bende tu la buat kelas kita sentiasa ceria. 
Aku tak pernah menyesal tuka sekolah. Dah tiga sekolah aku pegi tapi akutetap pilih korang . Even sekarang kita semua dah buat haluan memasing tapi bila nak lepak sama tu asal boleh je even tak semua. 


Half of us : 5 Prinsip Perakaunan

Masa from 5 kita raya sesama kat sekolah, nah seragam . Pakai baju koko. Makan banyak gila, bekecah sana sini. Tapi sayang pulak masa nak buat class photo half dah balik. Waktu puasa everyday korng dok baling mercun lepas habis kelas even kelas lain tak habis kelas lagi. Hahah. Boleh kata every year kita raya sama even tak semua and every year jugak korang raya rumah aku walaupon rumah aku paling jauh between us. Tahun ni aku malas nak layan korng so aku larang korng datang rumah aku. Alah, tahun ni aku dah bole bawak kereta so aku nak jalan jalan rumah korng sendiri pulak tak payah nyusahkan bebedak laki lagi.


Tahun ni raya paling best, 

Kenapa aku sayang korng ? Sebab dah 2 tahun habis sekolah tapi kita still macm dulu. Tak de beza langsung. Memasing kuat membahan. Asal jumpa ada je bende nak dibahakan. Memang gelak tak putus. Macam mana aku tak sayang korng cuba korng cakap. 


Bestie paling sayang,

Kalau ada pari pari aku nak mintak satu je, tolong putar balik masa kita semua waktu form 5 dulu, sehari pon jadi lha. Sebab terlalu rindu nak tegok kita semua gelak sama waktu korang buat bende gila. SAYANG KORANG,


Pakcik ni selalu layan kitaorng if nak hang memana,


Tuesday, 8 December 2015

Prolog

Harini seperti selalu, ya sama sama macam selalu. Aku bangun pagi, bersiap mahu ke sekolah. Kadang kadang aku tertanya kenapa aku perlu ulang bende yang sama setiap hari. Kadang kadang aku rasa dah penat nak teruskan hidup ni. Tapi pernahkah aku terfikir bertapa penat ibu abah besarkah aku tapi aku sendiri hilang semangat nk teruskan semua ni. 
Aku rasa penatnya nak belajar, bila la nak habis semua ni. Tapi dalam masa yang sama aku usaha untuk lakukan yang terbaik. Penat, penat untuk berhenti bila kau dah susah payah untuk kejar bende yang kau usaha selama ni.
Tapi akhirnya usaha kau gagal wa, gagal. Harapan kau, impian kau musnah. Waktu tu memang kau dah tak dapat tahan sebak, kau menangis sepuas hati tapi nangis tu cukup ke ? Dapat ke ubah bende tu ? Kenapa waktu tu baru kau rasa semua kosong. Kenapa baru temenung pikirkan masa depan padahal sebelom ni kau cakap kau muak dengan semua tu.
Matrikulasi? Kau cakap kau tak nak tapi bila kau dapat kau gembira sebab apa sebab kau rasa akhrinya ada tempat untuk kau sambung belajar. Tapi kau nak sedapkan hati kau cakap, ' Tak pe wa, kita tunggu upu eh' . Bila keputusan upu kelua, kau dapat. Kau dapat tak jauh wa, tu Uitm depan rumah ja. Tapi kau bagi alasan, tak nak sebab dapat kos yang kau tak suka. Wa, kenapa kau memilih sangat, kau fikir kau pandai yang kau memilih sangat ni. 
Waktu kau dah gembira nak pergi Martrikulasi Kedah waktu tu lha ibu kata ibu nak tukarkan kau kat Melaka. Apa aku rasa waktu tu? Sumpah tak suka. Aku nak rasa juga duduk negeri orang. Bila surat sampai aku tengok aku dapat Matrikulasi Negeri Sembilan. Entah lha, perlukah aku rasa gembira. Entah lha, 

P/s: Sir saya tak tau nak buat acane, saya pakai buat je. Hehe,

Monday, 7 December 2015

Crush

Hai kesayangan, 
Time temenung panjang sebab smp tak bole bukak tetiba rasa nak tulis pasal crush, herm
Crush? Herm, tipu la kalau seumur hidup tak pernah crush kat sesapa kan.




Masa zaman sekolah dulu, aku ada crush kat sorang budak ni dr form 4 lagi. Sampai la ke habis sekolah aku dok perati je, even kelas jauh. Gigih ni nak turun waktu rehat just nk tegok dia ja. Lama aku pendam sendiri dan akhirnya habis sekolah dia tak pernah tau pon aku suka dia.

Bila masuk matrik tipu lha kalau kata budak situ tak handsome kan. Da le pandai, handsome lagi. Full package la tapi sombong gais, sombong. Haha, i sedar diri k. Aku ada le minat kat sorang budak laki kuliah A1 ni kan. Dia tu tak le handsome mana, biasa je tapi memg pandai la, dak dak 4 flat. Masa sem 2, everyday waktu petang ada lawan bola gitu. Rajin jugak la aku turun, lagi rajin waktu dia main. Sampai lelama aku rasa macam dia perasan eh, haha. Segan sendiri. Broken heart weh tau dia ada makwe, acecehh, tak le sampai gitu kan. Kita crush kat dia je pon. Suka tegok aja, hahaha.


Wawa kat ukm tak crush kat sesapa ke? Haha. 
Eh, ada lha. Hahah
Biar lha rahsia ,

Sunday, 6 December 2015

Biru


Hai cinta hati,
Harini aku nak bagi tau korang yang fav colour aku ialah BIRU. 
Kenapa biru ? Sebab biru lha . Haha. 
Kenapa gedik gedik nak bg tau? Eh sukati lha. Blog aku kod.
Salah satu faktor aku suka gila warna biru sebb biru ni tenang babe.
Tak kisah la biru apa pon, aku tetap suka as long as bende tu warna biru.
Kalau boleh semua barang yang aku ada nak semua lha warna biru.
And kalau bole bilik aku kat ktho ni nak ja aku warnakan biru. Haha
Cadar dah biru, baldi dah biru, bakul dah biru, kerusi dah biru, beg dah biru,kasut dah biru, payung dah biru, baju pon banyak biru, ha meh le warnakan almari ni jadi biru. Haha
Aku tak obses weh, cuma suka tegok bila semua barang aku biru. 
Nanti in future, aku nak semua barang aku warna biru. Haha
Rumah aku serba serbi biru. 
Bilik anak pon kene biru, kesah apa aku kalau dia perempuan ke apa. Wajib biru.
Nanti orang masuk rumah aku rasa macam masuk laut, hahah.
Rumput rumah nnti aku upah orng cat warna biru. Pokok semua biru. Hhahah
Dah macam apa pulak rupa rumah aku nanti. Hhaha


Wednesday, 2 December 2015

Manja

Manja. Aku tak tau la istilah manja ni boleh digunapakai tak kat aku sebab aku tak rasa aku manja, ganas ada la, Kalau nak kata anak manja pon bukan, aku bukan anak bongsu. Tapi mungkin dalam beberapa keadaan aku nampak manja kat mata korang ? Mungkinkah ?
Macam haritu, bila datang tak betol aku, gila tak gelak besar bagai and aku bagi la tau pipa yang aku anak no 2, eh tetiba dia kata serius la sebab aku nampak mcm anak bongsu , nampak manja -_- Apakah ? Haha. Memg idok le rupa gini anak manja kan. 
Dulu pon kan matrik aku macam anak manje, macam la -_- Diaorng kata aku anak manje sebab memg setiap kali aku nak balik matrik memg abah akan hantar dalam ertikata lain wajib hantar aku balik lha. Well, aku dah redah balik rumah naik bas kokak kod, tak kan abah sampai hati nak suruh aku balik naik bas kokak jugak. Balik naik kereta pon aku muntah kod, kalau naik bas, mau banjir bas tu setiap masa aku muntah. Sekarang kat sini pon abah still hantar aku balik. Hehe. Alah, bukan tak reti bedikari cuma bukan selalu bemanja dengan abah kan kan. Lebiu abah ibu,

Mama

Minggu ni sir bagi tajuk blog ikod akronim dan dengan gembiranya aku dapat pilih tajuk blog gila senang sebb nama aku sepatah aje . Bahahah 
And aku pilih tajuk Mama. Kenapa mama ? Sebb member aku kat matrik panggil aku mama. Cehhh, acah acah mama ja. Well i ada ciri ciri mama yang baik kepada anak anak that why member member i panggil i mama. Haha. 
Entah cane bole lekat nama ni pon tak tau. Rasanya start masa kitaorng ada petandingan dikir barat. Gabung pulak dngn kelas lain. Tambah meriah la and waktu tu aku jadi tukang karut dngn fadil, so kitaorg banyak bagi step diaorang nak gerak mcm mana. Bila nak panggil bebudak ni suruh fokus aku akan bahasakan diri aku mama and lama lama lekat pulak mama tu. Sampaikan bila dah habis pertandingan tu, Adam and Hadi still panggil aku mama bila terserempak. Haha.Sekrg diaorg kat ukm jugak, haritu tejumpa Adam and still lekat mama tu kat aku. Dak dak kelas yg rapat pon still panggil aku mama sampai sekrg Haha. Lagi pon aku ada baju I AM MAMA . Betol betol feeling mama kepd anak anak .

Wednesday, 25 November 2015

Team Work

Dalam setiap kerje kumpulan, mestilah kita nak ada ahli kumpulan yang tough kan supaya setiap kerje yang kita buat berjalan lancar . Mostly kumpulan kita , kita yang pilih. Kat sini je aku dah ada 4 kumpulan if for subject. Tak kira lagi kumpulan yang ada kat kolej tah berapa tah.

First group bi aku. Sumpah tak suka babe. Dalam group ni aku paling adik kod tapi diaorg buat aku mcm aku paling kakak + diaorg act mcm budak yg tak tau apa apa. Mcm bodoh bila kau tau kau tak bole attend kelas esok, padahal semua bende nak presentation kat kau apahal malam baru kau nak bagi tau, lepastu lagi bodoh kau suruh aku pk mcm mana nak ambik bende alah tu kat kau. Memg free free kene maki lha budus. Kau dah besa weh tak kan bende kecik gitu pon kau tak bole pk. Alah bodoh,

Second group Pengantar Pengurusan . Oke group ni no function. Tak de bende nak cita.


Next, group Pelembagaan Dan Masyarakat. Ni subjek citra. Kitaorg kene buat research and kitaorg pilih tajuk Malaysia Negara Islam Atau Sekular and kitaorg pilih untuk pergi Universiti Putra Malaysia. Dalam group ni ada 6 orang, 3 FEP and 3 FSSK. Actually, kitaorg tak kenal pon , pakai cekop ja. Tapi tak sangka kitaorg ada chemistry, so, senang je nak buat keje. Disebabkan chemistry tu kuat nau nau , nama group ni We Got Chemistry. Haha. 

Ni haritu lepas balik dari UPM. KItaorg pegi berempat ja, lagi dua busy. Pastu ada yg gedik nak makan Seoul Garden. Azree pon layankan ja kareneh kitaorg.

And lastly, group Aplikasi Komputer tercinta lagi sayang. Erkk. Sir yang bagi kumpulan ni and aku sangat sangat berpuah hati. Sebab kitaorg sekepala. Eh, tak nak cita lebih la. Nak cerita for entry seterusnya.



Monday, 23 November 2015

Jamban



Hai, awak awak semua.
Macam yang korang tau aku join teater kat kolej. Tajuk teater kitaorang jamban. Asal jamban? Mana aku tau dah tukang tulis skripnya nak cerita pasal jambankan. Haha.
Kitaorang dah start latihan dari awal bulan 10 lagi. 
Start pukul 9 habis pukul 1 2 pagi. Tapi tu namanya pengorbanan, bukan kita sorang ja gitu, semua gitu. Kalau nak kata pasal penat semua penat jugak. So, korg boleh pilih nak commit or tak ja. Aku masuk teater sebab aku suka belakon, ahakhah, geli
Memula dulu aku sesorng weh. Rasa picisan tahap terokzzzsss. Picisan aku pon tapi aku gigih ja turun latihan, Bahhaah. Kesian kat diri sendiri. 
Aku join audio for teater ni. Kirul banyak tolong, sampai aku rasa aku macam selalu susahkan dia. Haha. Baru belaja mesti kene banyak tanya + susahkan orang sikitkan. Tak lupa jugak farid, banyak sangat dia tolong kitaorang betolkan audio bagai, dah macam semua dia yang buat, kami just tekan sound ja.

Team audio. Amin, Wawa, Kirul and Shahrul .

Bila rasa piciankan, aku rasa aku macam baik ja. Duduk diam, tak memekak macam selalu. Ala ala wanita melayu terakhir gitu, hahaha. Bangga dengan diri sendiri. Diaorang kat teater fun la, asik gelak gelak je. Sesi bahan membahan pon selalu berlaku -_- 
Dalam teater ni just ada 8 pelakon and semua laki. Kerana kelab teater kitaorang kepupusan wantia. Haha. Hariz suruh puji dia tapi aku tak tau nak puji apa,hahah. Oke lha aku actually suka watak yang hariz bawak, dia pon lawak apa jadi pondan, sekali dia buat suara jantan dia, apak lawak, hahaah. 
When hari kejadian, takod weh, seram sejuk. Tapi team work semua buat jadi smooth ja. Ni pengalaman pertama aku and aku tak lupa bende ni. Best sangat. 
Terima Kasih semua sebab terima aku dalam Kelab Teater Prasada KTHO ni( walau picisan selalu)and thanks for this experience. Sayang korang, uhuk. 
Terima Kasih jugak kat kawan kawan yang turun tengok teater. Habis kat semua aku ajak tengok teater ni. Harap korang semua faham apa yang cuba teater kami sampaikan,
Terima Kasih jugak pada penonton yang datang dan yang comment. Tak kisah lha awak semua nak kata apa, kami dah lakukan sehabis baik.
Tahniah kepada korang yang menang , you deserve it .



Saturday, 21 November 2015

Emosi

Assalammualaikum, sayang sayang semua 
Minggu ni sir bagi dua tajuk, emosi and tikam. So, aku pilih emosi lha sebab sekarang ni pon emosi aku selalu nau berubah ubah. Kang pilih tikam aku balik yang sakit hati bila teringat kene tikam belakang dengan member,

Herm , pasal emosi ni actually aku ni pon seorang yang senang marah. Tolong la jangan kacau aku waktu tido just nak mintak barang depan mata. Alahai, annoying bapak. Pastu bila aku ngamok kata la aku ni memacam -_- wtf . Senang cerita aku mudah marah. Adakah itu baran ? Haha. Mohon bakal suami bersifat tenang, bhahahaah.


Post gamba epal mara je la sebab muka aku mara teruk gila sampai aku pon tak sanggup tegok, bahahhah

When someone tu diketegorikan sebagai member yang kasar tapi tak bermakna mereka tu susah nak mengalirkan air mata kan. Biasanya mereka yang kasar ni lebih mudah terganggu emosi dia. We never know right? 
Hidup ni kene lha fun sikit. Kalau setiap masa nak beremosi susah lha. Ada masa kita kene lha rasa keFUNaan dengan kisah hidup kau sendiri. Gelak lha bila perlu, menangis lha bila rasa sakit, marah la bila kau betol betol dah tak bole tahan. Banyak cara kau bole luahkan apa kau rasa. 

Akhir sekali, sayangi lha diri anda. Jangan selalu marah, nanti cepat kerut. Bila dah kerut macam orang tua. Bila nampak tua, tak de sapa nak usha. Bila tak de sapa nak usha, kau membujang ke tua. Bila kau membujang ke tua, hidup kau tak fun. Pastu kau emosi sendiri hidup alone.


Nak belanja gamba aku senyum tapi tak secomel ni lha. Alah, comelnya. Ai gedik -_- Dah dah jangan tenung lama. Aku punya ,

Dadaaa, cinta hati semua.

Friday, 20 November 2015

A2P1 Part 2

Aku tak tau la asal nak post pasal kelas ni dua kali. Hahah. Rindu gais rindu kau tak tau itu. Actually, nak cita salah sorang pasal budak kat bawah ni.



Let me introduce you, ma ketua praktikum. Muhammad Nor Shafiq tapi aku panggil dia pijai. Senanya tak de bende menarik sangat pon pasal dia. Haha. ( sorry jai ) 
Dia ni ketua prak yang baik gais , baik sangat. Selalu kehulur kehilir sebab nak uruskan pasal praktikum ja. Selalu korbankan duit dia dulu demi kita orang . Baik bukan ( buekkk ) Kita orang senang sangat nak keje dengan dia ni , dia pon tak le baran . Bole tahan la gurau kasar dia. Mungkin sebab dulu dia terlalu baik aku pon suka la kacau dia . Sampai satu tahap dia punya bengang tahap kemuncak and pernah la tak betego gitu kan. Sokey pijai aku tau salah aku. 
Since kejadian tu dia ni selalu la jugak tarik muka dengan aku. Senang cita aku mmg dah tak bole la nak begurau dgn dia ni kan. Aku pon tak nak pisang bebuah dua kali kan. So aku ikod je rentak dia. Haha. Aku nak gurau sikit dengan dia pon kene cover gais. Sokey jai sokeyyyyy  as long as kita still bekawan. Jangan la dok kenekan aku dengan dia nanti dia buat muka taik gais , sakit hati je negoknya. 
Masa last day before final aku minta maaf kat kau pon kau buat muka acah acah cool je kan. Mmg susah nak baca laki ni. Is okey la asalkan kita kawan babe 
But kau mmg tak bole lari dari aku kan. Acane la kau bole ditakdirkan satu uni dengan aku kan so nak tak nak kau kene dok layan je aku, jawab je semua soalan aku. Bhahahaa. Kalau kau layan aku terok aku ngadu kat budak kelas , haha. Besyukur le kau oke ja dengan aku , haha. Tapi stress weh bila cakap dengan kau, kau dok kerut muka. Sumpah tak selesa weh , rasa nak lempang pon ada -_- Tapi bila kau baik sangat dengan aku aku rasa terhau pulak, bahaha. Harapan aku, cehhh siap ad harapan gais. Haha. Tiada harapan apa apa. Aku doakan pijai bahagia dengan insan yang dia cinta , eh eh. Bhahaha
#Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan 
#kemenes
#A2P1 Dihati 

Sunday, 15 November 2015

Cuti

Finally lepas dah 2 bulan lebih kat sini dah pon cuti midsem. Apa je rutin seharian aku waktu cuti? haha. Entah la. Makan tido mungkin. Bukak buku? Memang idok le. Sungguh jarang jarang sekali waktu cuti aku bukak buku, walaupon tau naik cuti nak exam. Orang kata balik rumah relex bukan nak beban kan lagi otak bukan, haha.
Lame tah holiday dengan family. Last jalan ganu , masa ayong konvo bulan 12 tahun lepas. Kali ni tetiba abah ajak pegi pahang. Reunion dengan kawan lama katanya.
And now kitaorang dah sampai Le Village
Gerak pagi gitu dalam pukul 8 lebih, sampai balok pukul 12. Check in pukul 2 then ada hi-tea. Tapi tujuan utama kitaorg ikut abah sebab nak mandi ja kat swimming pool. Haha. So kitaorg dok berendam je dalam swimming pool dari pukul 3 lebih till 6. Balik pon sebab abah panggil. Bahahah. Kalau tak panggil mau sampai malam mandi. Malam ada bbq and pagi ni gerak balik melaka pukul 9 lebih. Sampai rumah pukul 2 lebih and ni karang nak balik ukm. Alah tak semangat sebab keje sir tak buat lagi. Haha. Oke daaaa , nak kemas barang,


Thursday, 12 November 2015

Hidup jadi aku

Hidup ni kalau dipaksa bende tak kan dapat bejalan dengan lacar kan. Same goes kat aku masuk matrik dalam keadaan terpaksa, sampaikan barang semua ibu and ayong yang kemas , aku dok buat muka ja. Tapi macam mana ja aku survived kan matrik? Herm , entah la. Mungkin waktu tu aku pk ibu abah je.  Tiap kali minggu balik mesti aku balik, jarg aku tak balik. Bila minggu tak bole balik ibu abah datang la bawak makanan , even kejap je pon. Bila nak balik ruma most of the time aku balik naik bas kokak yang massage pecuma tuh, bila cuti panjang or aku gedik sikit abah datang la. Gagah aku nak abah ambik sampai sanggup tunggu maghrib centu sebab nak tunggu abah. But bila balik matrik MESTI abah hantar balik k. Hahaha. Cehhh , mention mesti gitu. Harus la mesti i tak sanggup nak dpt massage pecuma lagi kan waktu nak balik kemenes. Aku tak tau kenapa setiap kali nak balik, dalam perjalanan mesti nak muntah , jalan bapak sakit pale. So , if nak elakkan dr muntah sama ada aku tak makan before nak balik or tido masa dalam pejalanan.
Mungkin sebab kegigihan ibu abah aku bole survived kat matrik even masuk dengan hati terpaksa. Aku pon tak tunjuk aku stress belajar, aku buat lepak aku. Tak kisah pasal org. Tido paling lambat pon pukul 12 baik exam or tak. Tak heran pon org dok stay up ke nak study tak tido ke. Buat apa ikod org kan. Hahaha. Aku cuba apply bende tu kan sini tapi tak dapat lagi , sebab busy sangat . Tido tak menentu, pagi petg qada tido kau kau , warghhhhh nak nangissss. Acane lha result aku nanti kan ,

Monday, 9 November 2015

Nafsu

This week sir bagi tajuk nafsu. Apahal nafsu weh? Bagi le tajuk arnab ke perempuan ke apa ke . Bhahahaha. Tapi apa kan daya, sir kan lecturer so kene ikod cakap sir la.
Jadi pasal nafsu ni aku nak cerita sikit pasal nafsu makan . Well semua orang ada nafsu makan besar right ? Acantu jugak aku. Dulu waktu sekolah aku ni tak le kurus tak le gemok but mcm sesuai la dengan ketinggian aku. Waktu form 3, aku punya nafus nak beli fon baru tu menguasai diri sampai kan aku sanggup ikat perut sebab nak beli fon . 

Cehhh , tunjuk sikit gamba zaman kurus dulu 😂



Masuk form 4 aku tuka sekolah, bila jumpa member lama semua cakap aku makin hitam + gemok. Kat situ aku sedar yang cara aku ikat perut tu salah even hasil dia memuaskan pon . Bila aku start makan macam biasa, berat aku naik mendadak gaisss. Sedihh but , nafsu makan mana bole kawal kan. 
Gemok- gemok aku pon dulu tetap tak bole lawan gemok sekarang gaisss. Nak kecik sikit je gaiss tapi apakan daya, nafsu makan aku kalah nak makan gajah tiap hari 😭 Nanti nanti la pk eh bila nak kurus 🙋🏻

Saturday, 7 November 2015

Senyum

Kita tak minta pon orang hargai setiap masa tapi cukup lha kau buat aku rasa ada setiap masa wehh. Kekadang kita rasa kita dah cukup puaskan hati orang tapi kenapa lha depa buat kita gini. Aku sayang orang keliling aku kod. Dapat pulak yang buat gitu member member aku. Terima kasih lha if pernah buat aku rasa sangat dihargai sahabat. Memang aku akan ingat sampai bila bila. Awat la aku punya ingatan kukuh sangat sebb bende tu kekadang menyakitkan aku. HAHA. Bapak emo seh wa , nyempah sehhh .
18 Oktober 2015 genap aku 19tahun. Tapi kali ni aku rasa birthday aku sedu sikit lha. Yang buat aku happy sebb ibu and abah datang ja. Thanks ibu abah , Lebiu . 
This year ibu bawak snow cheese. Aku ni bukan lha peminat kek even ibu sendiri selalu buat kek. Tapi ada je kek yang ibu buat aku makan, sebagai contoh kek ni. 
Tetiba rasa nak #tb hahaha. Dulu kekecik selalu sambut birthdsay reramai kat kampung, bila makin besar aku makin tak suka sebb if birthday mesti ada kek kan tapi aku bukan peminat kek so waste je la kan. 
Masa form 1 duduk asrama , member buat surprise biasa biasa pon tetap dihargai. Masa form 4 aku mandi tepung, sokey sebab baju kurng putih so tak nampak even jadi kuih sebb waktu tu hujann. Kat matrik rumet buat surprise konon , hahah. Kecik mana pon bende tu tapi tetap jadi kenangan kan walaupon lepas tu dah lupa pon. 

THANKS FOR THE MEMORIES 


Monday, 26 October 2015

Makanan

Sir sir dia ni macam tau ja aku sekarang tengah ada masalah dengan makanan kat ukm ni. Aku rasa aku punya muak nak makan makanan kat kolej ni tahap aku lalu sebelah cafe pon loya nak muntah kod. Sumpah tak tipu. Mungkin salah kita orang jugak kod, sesikit nak makan kat cafe ktho tercinta ni. Last last dia punya muak tahap nak muntah merata -_- Sabtu haritu kita orang ni punya la setia nak negok budak netball lawan sampai sanggup stay dr pagi ke petang. Sampaikan tangan aku dah belang ikod jam, kaki aku dah belang ikod sandals yang aku pakai. Bhahah. Bila habis game ja petg tuh kita orang punya tahap lapar tahap nak makan harimau gitu , bapak lapar da le tak sarapan. Tub tub pegi cafe , cafe tutup gais. Aduh tak tau time tu nak nangis ke nak gembira, haha. Aku pon buat la tak malu aku call member aku kat gmi mintak tolg dia bawak aku and bebudak ni pegi makan kat luar. Dia punya semangat nak makan tu lain macam sikit sebb dpt rasa bende lain kan. Nak kata sedap sangat pon tak tapi at least puas la kan even mahal dia tahap cipan -_- Sekarang kita orang dilema nak makan kat mana. Otak ni pk mak mekdi ja,


Dap ehh mekdi.Tapi sekarang memasing tengah kering kod. Semua cakap tunggu pt, puihhh tunggu pt. Pt aku dapat 9k je pon tak macam korang bebelas k dapat. 9k tu tepat tepat nak bayau yuran je. Malang nasib i gais , malang. 

Aku ni pon peminat pizza gais. Aku gila betol dengan dominos. Alahai dap ehhhh, domino rangup gilak tak macam pizza hut liat nak mampuh bila da sejok.
If masuk dominos ibu wajib beli banana kaya. Sedapnya , siez nak nangis. Nak je call dominos sekarang tapi takod seminggu aku tak dapat makan gais, Haha. Tu tak masuk lagi if ada onion rings, alah alah dap ehhhh 

Cerita dia sekarang ni aku memang gila dengan fast food tu yang gemok gedempol tu. Bahahah. Moto hidup aku dari dulu lagi memang " Hidup Untuk Makan". So makan je apa apa selagi kau bole makan, nanti dah tue tak de maknanya tekak kau larat nak makan memacam kan. 

A2P1

Hai gais, aku rindu korang dohh. Pecita korang kat UUM, UMT, UNISZA, UITM, UPNM, UNISEL ? Mesti dah ada classmate baru, best friend baru. Kat mana pon aku pergi aku tak kan jumpa pegganti korang, korang the best weh the best. Gaduh macam mana pon , kecik hati macam mana pons kita still baik balik. Aku ingat lagi masa HARUM , kita semua nak do the best tapi bila ada salah faham kita tarik muka. Sokey sebab masa Hari HARUM kerjasama yang korang bagi sangat terbaik gais. Thanks for everythings. Thanks sebb terima aku yang kasau ni seadanya. Alhamdulilah jualan kita untung then kita semua kelua makan sama. Thanks, pijai sebb jadi ketua praktikum yang paling care dengan anak-anak buah kau, even kita susah nak sepakat tapi sekrg kita satu uni so cita lama semua dah hilang kan. Haha. Thanks, suha jadi assistant yang sangat lembut kat kitaorang.
Yang tudung purple tuh ma bestie. Masa sem 1 bilik dia dah mcm bilik kedua aku dah, every weekend aku will habiskan masa aku kat bilik dia. Rumet dia pon dah mcm rumet aku. Bilik dia sebelah bilik tb jah , sampaikan bilik tb blok aku pon aku tak penah jejak , bilik tb blok dia aku masuk dulu siap tido lagi gais. Haha. Yang sorg tu awie, dia lah penyeri kelas kitaorg, ada ja lawaknya. Dia suka sangat sebut lempang kang. Yang pakai tudg pink tuhh ling. Dia selalu cita masalah dia kat aku, kekdg dia lepak kat bilik aku. Dia lha selalu layan aku dok cuci mata pepetg tegok bebudak main bola.

  And lastly bestie aku lagi sorg ni. Dia budak upnm, dak dak palapes sekrg. Sorry sayang aku tk dpt nak join palapes mcm kau, aku tak se strong kau babe. Thanks sayang sebb banyak sabar dengan aku, aku paling rapat dgn kau and aku paling rindu kat kau. Jaga diri babe, jangan nakal sangat, jangan lupa aku. Aku sayang kau weh. Dulu aku ajak masuk satu uni tak nak, now ada ke aku yg seuni dgn pijai -_- Sekrg sapa yang menyesal. Sokey sayang just take care you self baby, if kita ada masa kita jumpa k yayang . Lebiu

Monday, 19 October 2015

Wawa

Entry kali ni aku rasa macam nk cerita pasal aku pulak.
Nama aku Mastura Binti Mazanan. 18/10/1996, aku baru je masuk sembilan belas semalam. Haha. Aku orang Melaka Bandaraya Bersejarah, Bandaraya Tekologi Hijau, haha. Aku anak kedua dari empat adik beradik. Adik beradik aku semua perempuan, so if abah buat keje keje laki mesti dia panggil aku "Angah , tolong abah betolkan paip ni". Haha , well best jugak buat keje laki, dari dok dapur , alahai tak suke la reramai kat dapur tu. Aku kalau masak aku nak aku sorang je kat dapur tu, serabot woo reramai. Aku start sekolah masa umur 4 tahun, kat tadika pasti, then aku masuk tadika kemas then tukau balik tadika pasti. Aku sekolah rendah kat SK Pengkalan Balak. Sekolah kampung je gais. Aku ada 3 sekolah menengah. Asal banyak sekolah menengah ? Sebb aku terlampau cemerlang gais , cikgu tak sanggup nak menjaga budak cemerlang mcm aku -_- Haha. Form 1&2 aku sekolah kat SMDHTK , duduk asrama till setahun lebih ja. So, masa form2 tu aku dok asrama smpi bulan 7 ja. Disebabkan menyusahkan abah je pepagi nak antau aku pegi sekolah so form3 aku tuka sekolah. Aku masuk SMKAP for form 3 ja then form 4 aku tuka sekolah lagi. Jadi last sekolah aku SMKSA. Haha. Rumit betol cita aku ni kan. Tapi banyak la pengalaman baru bila banyak tuka sekolah ni, banyak bende dapat belajar. So, bila alone aku bole survive, tak payah dok nyusahkan orang lain. Nasib ja matrik aku tak dok tukau tukau, habis jugak la setahun ket kemenes tuh and now alhamdulilah aku kat ukm. Aku tak pernah impikan dpt uni ni pon, if ada yang petikaikan tu, mampos ah kau. Aku tau spm tk sehebat kau tapi aku cuba ubah semua tu masa kat matrik even tak sebaik yang lain tapi at least aku cuba weh. Semoga ja la aku tabah kan hati hidupkan sini. Dulu semua orang cakap masuk uni ni relex sikit, tapi sekrg aku rasa beban aku kat sini paling teruk gais. Buku ke mana, nak mid dah tapi aku tak tau apa yg aku belajar. Semoga je aku setabah dulu, insyaallah :)

Sesal ?

Sesal ? Apa yang nak disesalkan ni ? Pasal lab test ? Tak mencatat apa sir ajar ? Bhaahah. Babe, aku catat kod. If latihan sir bagi laju ja aku buat. Tah kenapa tadik aku punya graf mcm pufffff -_- Tak tabah aku gini. Sakit otak , kejung tangan gais. Sampai hati sir tak tolong aku gais. Sir bapak kejam -_- Siap gelak jahat lagi . Kita orang yang kelas sir ni bangga kod sir ajar bagus, kita orang pon bole buat latihan dengan baik ( tak le baik sangat senanya) , kita orang siap ajar budak set lain lagi cara buat mail merge bagai. Tadi tetiba mental block itu la tak bole buat, tak bace soalan bebetol la. Sampai tiga kali aku hanta email tak sir gais. Bahahaha. Alahai mak, sorry la sir. Mohon sir tegok email yang ketiga ja k. Bhhhahaah , bosan ah tulis blog ni , emoji tak de -_- Senanya tak semua dok sesal menyesal ni, memasing da prepared cuma bila dengar gelak sir yg agak menyeramkan tu semua ilmu malam tadi jatuh berguguran di lantai gitu. So , conclusionnya, saya mohon test yang akan datang sir jangan gelak ala ala hantu mengilai gitu supaya students anda tidak mental shock , sekian terima kasih. Salam sayang dari student kesayangan anda :*

Wednesday, 14 October 2015

Beban

Beban ? Herm, memang pons. Aku join kelab teater kat kolej andnow kita org  tengah busy sebab nak betanding in icaf. Boledikatakan every night training.  Start pukul 9 habis pukul 1 lebih.Actually, aku oke ja sebab aku join pon atas  kerelaan aku sendiribut yg jadi terbebannya bila aku tk dpt nk siapkan  assignment aku sebab dah every night nak jumpa. Boleh je nak buat  assignment  time training tapi aku sesorg kod. Krik krik babe, tak tau nk  bincang dengan sapa. Tapi start this week semua dah start busy buat kerja  memasing.Wardrobe dah start pk nak cari baju, props dah busy nak cari barg  for pelakon senag cita semua busy ah. Aku jagaaudio. Aku buat keje ke ? herm. Entah la. Aku tau dok cari bunyi ja, nnti yg bunyikan abg kerol. Aku tk berani nak interrupt dia orang masa tengah belakon then nampak la aku ni mcm no  function. Dari awal lagi dah rasa mcm picisan.Tapi tak pe la aku dah biasakan diri dah jadi picisan kat kelab ni. Haha. Aku harap semua bejalandengan lancar je la, aku dah banyak korbankan masa aku justuntuk jadi picisan je. Sokey la  assignment aku tonggang langgan pon. Hopefully bebanan ini akan berakhir  dengan kejayaan, amin.


Monday, 12 October 2015

Sayang saya

Hai mak cik mak cik , nama saya Muhammad Hadif Irsyad Bin Muhammad Jufri. Saya lahir pada 30 Jun 2013. Saya anak bongsu dari dua adik beradik. Saya ada seorang kak nama dia Maira . Haha. Saya ni kesayangan semua :)
Saya kekecik lagi dah pandai selfie tau. Sebab aunties saya semua kuat selfie so saya belajar dari diaorang lahhh :D
 Waktu ni saya baru reti jalan , semua exited gila sampai saya pon terlebih exited . Jalan pon nak jerit jerit nak turun bongol tuh. Saya tak suka orang pegang saya , saya baru nak reti jalan kod orang heboh nak pepegang . Tak suka tau.
Bam bam kan saya. Ramai kata muka saya macam ayah. Haha.

Ini lah satu penyakit aunties saya tau, suka sangat pakai kan saya tudung. Saya ni handsome la bukan cantik. Kekadang saya dipaksa untuk pakai tapi is okey lha. Kiut bukan ? Hehe
Nampak macho kan gini. Haha. Kita pon nak try photoshoot jugak. Masa ni saya baru ja sambut birthday ke 2 saya. Thanks aunties for the presents :)
Masa cuti raya haji haritu aunties saya bawak saya main belon angin ni kat pantai, saya suka tapi takod nak naik tangga bende ni yang tinggi. Kesian kak saya nak kene angkat saya naik tangga . Hehe. Pastu bila saya dah bosan saya ajak aunties saya main pasir pulak . Hehe :D I love you Hadif . Walaupon nakal tapi semua sayang awak :)))

Monday, 5 October 2015

Sepuluh titik sepuluh


Sepuluh titik sepuluh ? Hari apa tu babe, tak tau aku. Kalau dua titik sepuluh tu aku tau ah, tarikh lahir crush aku 😅 Kalau enam titik sepuluh tu birthday adik sedara kesayangan aku 😚 Bhaha. So, aku nak le tau sepuluh titik sepuluh tu tarikh apakah? Sepecial sangatkah? Aku tanya le google 10/10 tu ada apa ja. Ada ke google kelua pasal indon 😒 Bila tulis sukan negara baru le keluau. Bace punya bace rupanya , Datuk Seri Najib Tun Razak nak jadikan Hari Sukan Negara pada sabtu minggu kedua bulan oktober setiap tahun. Kat sini kita tau motif utamanya Pedana Menteri kita nak semua warganegara malaysia ni hidup dalam keadaan sihat. Di malaysia ni banyak sangat penyakit yang datangnya dari diri sendiri akibat budaya hidup tak sihat sebagai contoh obesiti. Orang yang obes ni masalahnya dia suka nau makan tapi malas nk besenam. Well aku pon malas nk besenam bagai tu yang gemok tu 😂 Kau rasa if dah gemok dempol tu rasa nak besenam tu bekoba-koba mmg tak ah,tu sebab la org gemok terus gemok, org tough 💪 betambah tough. Terpulang kat diri sendiri la nak hidup lagu korea ka lagu melayu ka kan. Bhahahaah 😏 Gais jom kurus😝

Awan Biru


Seminggu before masuk ukm ayong and member dia pergi bercuti kat langkawi, ayong yang baik hati pon bawak le aku sama. Kita orang pergi naik flight. Aku exited lain macam sikit ah sebb first time kod . Haha -_- Flight pukul 4 lebih tapi pukul 12 dah ada kat klia2. Bhahaha. Yea la semua nak cepat sebab dapat gate 18, bapek jauh. Padahal masuk dalam gatenya belum bukak lagi pon. Bila dah masuk dalam flight kita orang duduk kat seat paling belakang then bila pramugara tu dok panaskan makanan kod bukan main sedap baunya tapi ayong dekot tak kasi beli -_- Waktu tu cuaca tak elok sangat sebab masa hujan tak silap dengan pilot tu langgar awan lagi, dia punya takod tu macam apa je. Da le first time tapi dah rasa pengalaman gitu, pramugara tu pon muka cemas bagai lagi le buat passengers takod. Benyot -_- Masa balik kl, aku dapat duduk kat tingkap. Cantik sangat awan sampai asik nak tangkap gambar ja. Before fly and masa nak landed aku rakam sebab tah bila ja dapat rasa nak flight lagikan. Haha.