"Morning sayang" satu kucupan singgah di dahiku. " Bangun sayang, abang dah siapkan sarapan dah" "Eh, asal abang buat sarapan, asal tak kejut sayang je"Kataku. " Dah selalu sangat sayang sediakan sarapan untuk abang, kali ni giliran abang pulak yang sediakan" dia senyum lalu berlalu dari bilik.
Aku melihat jam, "Ya allah, dah pukul 10, patut lha dia buat sarapan sendiri"bisikku. Penat sangat. Semalam balik pukul 10 malam, terlalu banyak kerja nak disiapkan. Antara sedar atau tidak sudah masuk tahun ke 3 aku kerja sebagai pengurus sumber manusia di Syarikat Aman. Ahh, aku rindu nak belajar balik. Bila ingat balik semua kenangan waktu belajar dulu buat aku tersenyum sendiri. Macam mana aku rasa seperti dipaksa untuk masuk matrikulasi dulu, aku cuba, ya aku cuba harungi bende yang aku tak suka. Akhirnya aku berjaya habiskan cuma nak puaskan hati orang. Herm, tidak itu aku yang nak.
Zaman degree yang banyak turun naik, susah senang, stress, rasa tak bole nak teruskan. Tapi sekarang aku berjaya jadi orang. Terima kasih ibu, abah sebab tak pernah putus bagi semangat.
" Sayang asal senyum sesorang tu, mai cepat sarapan"
Aku angkat muka lalu tenung muka dia, suamiku. Aku kenal dia 6 tahun yang lepas waktu sama-sama sambung degree di u... Siapa sangka dalam diam kami suka sama suka. Haha. Semua tu kenangan, kenangan yang akan kami bawa sampai bila bila. Terima kasih, abang sebab sudi terima sayang. . .
No comments:
Post a Comment